Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

OPERASI BERSEPADU PREMIS WARGA ASING DAERAH KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Jabatan Penguatkuasa telah melaksanakan Operasi Bersepadu Premis Warga Asing di sekitar Alam Suria dan Puncak Bestari, Puncak Alam pada 22 Januari 2026, bermula jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang.

Operasi ini dilaksanakan secara bersepadu melibatkan Jabatan Penguatkuasa MPKS, Jabatan Kawalan Bangunan MPKS, Jabatan Pelesenan MPKS, Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS, Unit Korporat MPKS, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor, Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Selangor dengan kekuatan keseluruhan seramai 51 orang anggota.

Sebanyak 10 premis telah diperiksa melibatkan pusat cuci kenderaan, kedai runcit dan kedai aksesori kenderaan. Hasil pemeriksaan mendapati 7 premis beroperasi manakala 3 premis tidak beroperasi. Tindakan penguatkuasaan yang diambil termasuk penutupan 7 premis, sitaan peralatan perniagaan di 4 premis, pengeluaran sebanyak 15 kompaun serta 5 notis atas pelbagai kesalahan berkaitan lesen perniagaan, iklan tanpa lesen, kebersihan premis dan halangan tempat awam.

Dalam operasi yang sama, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Selangor telah membuat sebanyak 11 tangkapan melibatkan warga asing lelaki atas pelbagai kesalahan imigresen di beberapa lokasi pemeriksaan.

MPKS akan terus komited melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berterusan dan bersepadu bagi memastikan pematuhan undang-undang, mengekang pelanggaran syarat lesen serta menjamin kesejahteraan, keselamatan dan kebersihan persekitaran bandar demi kepentingan masyarakat setempat di Daerah Kuala Selangor.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS