Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PROGRAM UNDIAN TAPAK BAZAR RAMADAN DAN RAYA SERTA PROGRAM PLATS MASUK BAZAR BERSAMA AGROBANK

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Majlis Taklimat dan Program Undian Tapak Bazar Ramadan dan Raya serta Program PLATS Masuk Bazar Bersama Agrobank pada 24 Januari 2026 di Dewan Exora, Bandar Hillpark. Majlis ini bertujuan memastikan pelaksanaan bazar yang lebih teratur, telus dan sistematik.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, dengan pelaksanaan undian secara digital serta simbolik penyerahan kit peniaga bazar hasil kerjasama MPKS, Agrobank dan Menteri Besar Selangor (MBI).

Turut berlangsung sesi taklimat berkaitan aspek kesihatan dan kebersihan, selain perkongsian berkaitan keusahawanan yang disampaikan oleh Agrobank dan Platform Selangor (PLATS) bagi memperkukuh kesiapsiagaan peniaga dalam pengurusan perniagaan bazar.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS; Encik Mohammed Zakir Husin bin Mohammed Zahid, Pengarah Jabatan Pelesenan MPKS; Ahli-Ahli Majlis serta Ketua-Ketua Jabatan MPKS.

MPKS komited dalam memperkasa kebajikan peniaga serta menyokong pembangunan keusahawanan tempatan demi kesejahteraan ekonomi komuniti setempat.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #BazarRamadan2026 #BazarRaya #PLATS #Agrobank #KitaSelangorMajuBersama 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS