Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

SESI FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) | KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah dipilih sebagai sebahagian daripada kumpulan pertama yang akan menyediakan SDG Roadmap dan Voluntary Local Review (VLR) di bawah peruntukan Rolling Plan 1, RMK13 Tahun 2026.

Sesi Focus Group Discussion (FGD) telah berjaya dilaksanakan pada 19 Januari 2026 sebagai sebahagian daripada proses penyediaan Pelan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Voluntary Local Review (VLR) bagi Majlis Perbandaran Kuala Selangor yang diurusetiakan oleh Jabatan Perancangan Pembangunan MPKS.

Majlis telah dirasmikan dengan sempurna oleh Yang Dipertua MPKS serta turut dihadiri oleh Setiausaha MPKS dan pasukan Urbanice Malaysia. Perbincangan menghimpunkan Wakil Ahli Parlimen, Wakil Ahli Dewan Undangan Negeri, Wakil Agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Daerah, Ahli Majlis, serta Ketua Jabatan dan Unit MPKS bagi membina kefahaman bersama mengenai SDG, menilai persepsi semasa, serta mengenal pasti isu dan cabaran utama pembangunan mampan di Kuala Selangor.

Input dan pandangan yang dikumpulkan melalui sesi ini akan menjadi asas penting dalam merangka hala tuju pembangunan Kuala Selangor yang inklusif, berdaya tahan, dan selari dengan Agenda Pembangunan Mampan 2030.

#KualaSelangor #IndahdanBersejara #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS