Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PEMAKLUMAN PELAKSANAAN CUKAI PERKHIDMATAN (SST) 8%

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) memaklumkan bahawa Caj Cukai Perkhidmatan (SST) sebanyak 8% akan dikenakan ke atas perkhidmatan sewaan MPKS bermula 1 Februari 2026, selaras dengan tatacara pelaksanaan SST di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Penyewa yang mempunyai Sijil MyPMK perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta bagi tujuan pengecualian SST.

Sijil MyPMK hanya sah untuk tempoh satu (1) tahun dan perlu diperbaharui setiap tahun.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPKS di talian 03-3289 1439 sambungan 215 / 172 / 210.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS