LAWATAN KERJA MAJLIS DAERAH REMBAU KE MPKS
Pada 30 Januari 2026, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima lawatan kerja daripada Majlis Daerah Rembau bertempat di Dewan Sri Siantan, Ibu Pejabat MPKS.
Lawatan ini bertujuan sebagai sesi perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pengoperasian produk pelancongan yang diselia oleh MPKS, iaitu Pusat Santuari Kelip-Kelip Kampung Kuantan serta perkhidmatan Trem Bukit Malawati.
Delegasi lawatan telah diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Zamri bin Mohd Esa, Yang Dipertua Majlis Daerah Rembau dan disambut mesra oleh YBrs. TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS.
Diharapkan lawatan ini dapat memperkukuh kerjasama strategik serta menjadi platform pertukaran amalan terbaik dalam pengurusan dan pembangunan pelancongan pihak berkuasa tempatan.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

