Color
Text

MAJLIS MALAM ANUGERAH PENARAFAN BINTANG JMB/MC TAHUN 2025 (MALA)

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Majlis Malam Anugerah Penarafan Bintang JMB/MC Tahun 2025 (MALA) pada 30 Januari 2026 di Wyndham Acmar Klang sebagai platform pengiktirafan kepada Jawatankuasa Pengurusan (JMB), Perbadanan Pengurusan (MC) dan pihak pengurusan strata yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam aspek tadbir urus, pengurusan kewangan, penyelenggaraan harta bersama serta penglibatan komuniti.

Majlis berprestij ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Borhan bin Aman Shah, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Pembangunan Bandar Lestari, Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan, Negeri Selangor.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Timbalan Pesuruhjaya Bangunan 1, MPKS, TPr Dr. Juhari bin Ahmad, Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor; Encik Mohd Amirrul Amir bin Ismail, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Strata, Jabatan Perumahan Negara; Tuan; serta Sr Muhammad Zul Fiqah bin Omar, Ketua Unit Pesuruhjaya Bangunan, MPKS.

Penganjuran majlis ini bertujuan mengiktiraf pengurusan strata yang telah memenuhi kriteria penilaian menyeluruh oleh Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) MPKS, meliputi aspek pematuhan perundangan, ketelusan kewangan, keberkesanan pengurusan, dokumentasi dan rekod, amalan lestari serta pembentukan komuniti strata yang harmoni dan berdaya huni.

Dalam majlis tersebut, beberapa anugerah khas telah disampaikan kepada penerima berikut:

Anugerah Tadbir Urus dan Integriti Terbaik – Norton Garden

Anugerah Kualiti Pengurusan Strata Terbaik – Rentak Perdana

Anugerah Dokumentasi dan Rekod Terbaik – Irama Perdana

Anugerah Amalan Lestari Strata – Pangsapuri Dahlia

Anugerah Strata Mesra Komuniti Terbaik – Residensi Warnasari 2

Selain itu, penarafan JMB/MC berdasarkan Sistem Penarafan Bintang turut diumumkan seperti berikut:

Penarafan Lima (5) Bintang

Norton Garden

Rentak Perdana

Irama Perdana

Residensi Warnasari 2

Penarafan Empat (4) Bintang

Avenham Garden

Regent Garden

Pangsapuri Rose

Pangsapuri Irina @ Myra Alam

Pangsapuri Dahlia

Penarafan Tiga (3) Bintang

Graham Garden

Ritma Perdana

Sentrovue A

Sentrovue B

Astana Alam 1

Residensi Warnasari 1

Pangsapuri Iris

Danau Perintis

Astana Alam 3

Melodi Perdana

Residensi Warnasari 3

MPKS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dan penarafan. Diharapkan pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada peningkatan berterusan kualiti pengurusan strata yang telus, berintegriti dan mampan demi kesejahteraan penduduk di daerah Kuala Selangor.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS