DYTM RAJA MUDA SELANGOR BERANGKAT MENZIARAHI KOMPLEKS MAKAM DIRAJA KOTA MELAWATI
DYTM RAJA MUDA SELANGOR BERANGKAT MENZIARAHI KOMPLEKS MAKAM DIRAJA KOTA MELAWATI
Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat menziarahi Kompleks Makam Diraja Kota Melawati, Kuala Selangor pada 30 Januari 2026.
Kompleks Makam Diraja Kota Melawati yang terletak di Bukit Malawati ini menempatkan antaranya makam Sultan Selangor Pertama, Almarhum Sultan Salehuddin Shah (Raja Lumu).
Pada hari yang sama, DYTM Tengku Amir Shah seterusnya berkenan menunaikan Solat Jumaat bersama rakyat jelata di Masjid Raja Lumu, Pekan Lama Kuala Selangor.
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan setinggi-tinggi menjunjung kasih atas keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor ke daerah Kuala Selangor.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS