OPERASI BERSEPADU PREMIS MAKANAN & WAKTU MALAM 2026
Pada 4 Februari 2026 (Rabu), Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Premis Tomyam dan Premis Waktu Malam di sekitar Ijok bermula jam 5.00 petang hingga 12.00 tengah malam.
Operasi ini melibatkan kerjasama Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS, Jabatan Penguatkuasa MPKS, Jabatan Pelesenan MPKS serta Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Selangor (PKDKS) bagi memastikan aspek kebersihan, keselamatan makanan dan pematuhan perundangan sentiasa dipatuhi.
Tindakan penguatkuasaan telah diambil melibatkan pengeluaran 3 kompaun atas kesalahan penyelenggaraan perangkap minyak dan pemasangan papan tanda iklan tanpa kelulusan. Selain itu, 3 notis turut dikeluarkan oleh PKDKS berkaitan suntikan tifoid, peralatan rosak dan kebersihan diri pengendali makanan.
MPKS akan terus komited melaksanakan penguatkuasaan berterusan bagi menjamin kesihatan awam serta kebersihan persekitaran di Daerah Kuala Selangor. Kerjasama semua pengusaha premis makanan amat dihargai.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

