Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAJLIS PENYERAHAN BENDERA DAN PAKAIAN PASUKAN PETANQUE MAKSAK SELANGOR 2026

Pada tahun 2026, Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah diberi tanggungjawab sebagai pengurus dan pengelola bersama bagi Maksak Games 2026 – Petanque yang berlangsung pada 5 hingga 8 Februari 2026 bertempat di Arena Petanque, Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Majlis Penyerahan Bendera dan Pakaian Pasukan Petanque MAKSAK Selangor 2026 telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS, sambil diiringi oleh TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS, serta Encik Puspanath a/l Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKS.

Majlis ini bertujuan sebagai simbolik sokongan dan penghargaan kepada pasukan Petanque MAKSAK Selangor yang akan mewakili negeri dalam kejohanan tersebut, di samping menyuntik semangat serta motivasi kepada para atlet dan pegawai pasukan.

MPKS merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada seluruh pasukan Petanque MAKSAK Selangor. Semoga pasukan ini dapat mengharumkan nama Negeri Selangor dengan semangat kesukanan yang tinggi serta mencapai kejayaan yang cemerlang.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MAKSAKSelangor #MaksakGames2026 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS