PERHIMPUNAN PAGI MPKS BIL. 1/2026
Perhimpunan Pagi Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Bil. 1/2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Sri Siantan dan dihoskan oleh Jabatan Penguatkuasaan MPKS.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS, yang turut menyampaikan amanat kepada seluruh warga kerja MPKS. Turut hadir Hj. Ahmad Jamzuri bin Mujaini, Timbalan Setiausaha MPKS serta Encik Mohamad Lutfi bin Mislah Hudin, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPKS.
Turut diadakan Majlis Pelancaran Pelan Strategik MPKS 2026–2030 sebagai panduan utama hala tuju dan strategi baharu MPKS selari dengan 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) ke arah merealisasikan visi dan misi MPKS secara mampan dan berfokus.
Selain itu, majlis turut menyaksikan Penyampaian Hadiah Pertandingan Inovasi Peringkat MPKS 2026 yang telah diadakan pada 30 Januari 2026, melibatkan penyertaan lima kumpulan inovasi daripada jabatan dan unit MPKS. Penilaian dilaksanakan secara dalam talian oleh dua orang panel penilai luar.
Keputusan Pemenang Pertandingan Inovasi MPKS 2026:
Kategori Penambahbaikan
Johan: Jabatan Pembangunan Masyarakat
Naib Johan: Jabatan Pelesenan dan Unit Korporat, Pelancongan dan Perhubungan Awam
Kategori Penciptaan (Produk Baharu – Prototaip)
Johan: Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
Naib Johan: Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan dan Persekitaran
Tempat Ketiga: Jabatan Perancangan Pembangunan
MPKS merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pemenang serta seluruh warga kerja MPKS atas komitmen berterusan dalam memperkukuhkan kecemerlangan perkhidmatan kepada masyarakat.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

