Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAKSAK GAMES 2026 – ORIENTEERING & PETANQUE

MAKSAK Games 2026 telah membuka tirai penganjuran sukan MAKSAK bagi tahun 2026 dengan mempertandingkan dua acara utama iaitu orienteering dan petanque. Penganjuran program ini melibatkan kerjasama antara MAKSAK Malaysia dan MAKSAK Selangor, dengan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) sebagai penganjur bersama dan rakan strategik.

Acara orienteering yang dikelolakan oleh MAKSAK Malaysia telah berlangsung pada 7 Februari 2026 bertempat di Dewan Sri Siantan, Ibupejabat MPKS dengan MPKS bertindak sebagai rakan strategik penganjuran. Sementara itu, acara petanque anjuran MAKSAK Selangor dan MPKS telah diadakan pada 6 hingga 8 Februari 2026 di Arena Petanque, Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Kedua-dua acara ini telah berlangsung dengan jayanya di sekitar Kuala Selangor dan berjaya menghimpunkan pemain serta pasukan daripada pelbagai jabatan dan agensi. Penganjuran MAKSAK Games 2026 bukan sahaja menjadi platform pertandingan sihat dalam kalangan penjawat awam, malah turut memperkukuhkan semangat kesukanan, kerjasama dan perpaduan antara peserta.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor selaku bapa angkat sukan petanque turut berbangga atas kejayaan cemerlang Kontinjen MAKSAK Selangor yang berjaya meraih johan bagi kategori triple lelaki, double lelaki dan mix double dalam acara petanque. Selain itu, penganjuran acara petanque ini turut menyaksikan Kontinjen MAKSAK Selangor menerima pengiktirafan johan pengurusan terbaik, sekali gus mencerminkan tahap profesionalisme dan kecekapan pengurusan sepanjang penganjuran kejohanan.

MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua penganjur, urus setia, pegawai teknikal serta para pemain yang telah menjayakan MAKSAK Games 2026 dan akan terus komited menyokong pembangunan sukan serta gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja dan komuniti setempat.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS