PROGRAM KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA & PELANCARAN OPS SELAMAT SEMPENA TAHUN BARU CINA 2026
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menyertaai Program Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Pelancaran Ops Selamat sempena Perayaan Tahun Baharu Cina 2026 yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor dengan kerjasama Latar Expressway pada 16 Februari 2026 (Isnin) di Tol Latar Ijok
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan mengutamakan keselamatan sepanjang musim perayaan.
Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Kuala Selangor, YBrs. Tuan Mohd Raiz bin Radzuan. MPKS pula telah diwakili oleh YBrs. Tuan Haji Ahmad Jamzuri bin Mujaini, Pengarah Kejuruteraan MPKS sebagai tanda sokongan terhadap usaha bersepadu dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya di daerah ini.
Dalam program ini, MPKS turut menyumbang kit makanan kepada para pemandu yang pulang ke kampung halaman sebagai tanda prihatin serta galakan untuk memandu secara berhemah dan selamat.
MPKS menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan, merancang perjalanan lebih awal, mematuhi had laju yang ditetapkan, tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta berhenti berehat sekiranya keletihan. Keselamatan anda dan keluarga adalah keutamaan.
Semoga perjalanan anda selamat dan selamat menyambut Tahun Baharu Cina bersama insan tersayang.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

