LAWATAN HORMAT PENGURUS BESAR PPNS KE MPKS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Pertubuhan Peladang Negeri Selangor (PPNS) pada 13 Februari 2026 di Bilik Mesyuarat Siantan.
Lawatan ini diketuai oleh En. Mohd Redzuan bin Kassim, Pengurus Besar PPNS. Delegasi telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS bersama barisan pengurusan MPKS.
Sesi lawatan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara PPNS dan MPKS, khususnya dalam aspek pembangunan serta pengurusan ladang benih padi di kawasan IADA Barat Laut Selangor. Perbincangan yang diadakan turut memberi fokus kepada potensi kolaborasi bagi memperkukuh sektor pertanian dan pembangunan ekonomi setempat.
MPKS amat menghargai kunjungan ini dan berharap jalinan kerjasama yang terjalin akan memberi manfaat berterusan kepada komuniti Kuala Selangor serta menyokong agenda pembangunan negeri secara mampan.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

