Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAJLIS PELUNCURAN KESELAMATAN MAKANAN BAZAR RAMADAN 2026 PERINGKAT KEBANGSAAN

Kuala Selangor telah menjadi lokasi Majlis Peluncuran Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2026 Peringkat Kebangsaan yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Dr. Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia, bertempat di Bazar Ramadan Kuala Selangor.

Majlis ini menandakan pelancaran rasmi Kempen Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2026 serta simbolik Operasi Bazar Ramadan yang dilaksanakan di seluruh negara sebagai komitmen berterusan dalam memastikan makanan yang dijual adalah bersih, selamat dan berkualiti sepanjang bulan Ramadan.

Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan menjalankan pemantauan menyeluruh termasuk pemeriksaan pengendali makanan, pematuhan Latihan Pengendali Makanan (LPM) serta suntikan anti-tifoid selaras dengan peruntukan di bawah Akta Makanan 1983. Orang ramai turut digalakkan mengamalkan konsep “Perhati dan Pilih” serta langkah mudah “Lihat, Hidu, Rasa” sebelum membeli juadah berbuka.

Dalam majlis yang sama, YB Datuk Seri turut mengadakan lawatan ke gerai-gerai bazar serta menyampaikan apron dan Replika Perhati dan Pilih kepada para peniaga sebagai tanda komitmen terhadap pelaksanaan keselamatan makanan.

Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Sri Zahrul Hakim bin Abdullah, YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, YBrs. Ts. Zailina binti Abdul Majid, YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsuddin serta YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor sentiasa menyokong usaha memperkukuh tahap keselamatan makanan demi kesejahteraan warga Kuala Selangor sepanjang Ramadan.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS