Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

KUNJUNGAN YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR KE BAZAR RAMADAN HADAPAN LOTUS'S, KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan selamat datang kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari atas kunjungan ke Bazar Ramadan Hadapan Lotus's Kuala Selangor bagi menyantuni masyarakat setempat serta meninjau operasi bazar.

Dalam lawatan tersebut, sebanyak 1,000 bekas Bubur Lambuk Rumpun Selangor telah diedarkan kepada para pengunjung dan peniaga. YAB Dato’ Menteri Besar Selangor turut berkesempatan menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir, sekali gus menyerikan suasana Ramadan.

Penganjuran bazar ini merupakan hasil kerjasama strategik Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI Selangor), Platform Selangor serta Agrobank dalam usaha memperkukuh ekosistem keusahawanan tempatan melalui sokongan pembiayaan, peluasan jaringan perniagaan dan pelaksanaan inisiatif pembangunan ekonomi rakyat.

Turut mengiringi ialah YBrs Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS dan YBrs. TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS. MPKS komited untuk terus menyokong agenda pembangunan ekonomi setempat serta memastikan kesejahteraan dan kebajikan warga Kuala Selangor sentiasa terpelihara.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS