Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA 1447H DI MASJID JAMEK SULTAN IBRAHIM, KUALA SELANGOR

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj berangkat ke Majlis Berbuka Puasa bersama rakyat serta menyempurnakan penyampaian Sumbangan Hari Raya 1447H di Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Kuala Selangor.

Dalam majlis tersebut, DYMM Sultan Selangor berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 529 asnaf yang terdiri daripada 149 fakir, 239 miskin dan 141 muallaf. Setiap penerima menerima sumbangan berjumlah RM500, menjadikan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM264,500.00.

Baginda turut diiringi oleh Tengku Amir Shah dan berkenan berbuka puasa serta menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak serta Solat Sunat Tarawih bersama rakyat.

Turut hadir YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari; YBrs Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS; TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS; Ahli-Ahli Majlis; Pengarah-Pengarah Jabatan MPKS serta Ketua-Ketua Agensi Daerah Kuala Selangor.

Majlis ini mencerminkan keprihatinan dan kasih sayang institusi diraja terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan yang memerlukan, dalam menyambut ketibaan Syawal yang bakal tiba.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS