Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAJLIS “NUR RAMADHAN: BERKAT BERJASA, BERKAT RAMADAN ”PIHAK MEDIA DAN PENDAYUNG SANTUARI KELIP-KELIP KAMPUNG KUANTAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR TAHUN 2026

Majlis “Nur Ramadan: Berkat Berjasa, Berkat Ramadan” telah dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor sebagai tanda penghargaan kepada para pendayung Santuari Kelip-kelip Kampung Kuantan yang merupakan tulang belakang kepada operasi serta kejayaan tarikan ekopelancongan ikonik di Kuala Selangor.

Selain itu, majlis ini turut diadakan bagi merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan media atas kerjasama berterusan dalam menyampaikan pelbagai informasi, program serta inisiatif yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Kuala Selangor kepada masyarakat.

Sokongan dan liputan media yang diberikan amat bermakna dalam memastikan penyampaian maklumat yang tepat, telus dan berkesan kepada orang ramai. Hubungan baik yang terjalin ini bukan sahaja memperkukuhkan komunikasi antara pihak berkuasa tempatan dan masyarakat, malah turut membantu dalam mempromosikan Kuala Selangor sebagai destinasi pelancongan yang berpotensi serta berdaya saing.

Dalam majlis tersebut, seramai 26 orang pendayung Santuari Kelip-kelip Kampung Kuantan dan 15 orang pengamal media telah menerima saguhati serta cenderahati sebagai tanda penghargaan dan sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Penganjuran majlis ini diharapkan dapat terus mengeratkan hubungan strategik antara pihak berkuasa tempatan, pihak media serta komuniti setempat, di samping memperkukuhkan semangat kerjasama dalam usaha memajukan sektor pelancongan dan pembangunan daerah Kuala Selangor.

#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS