Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

WORLD QURAN HOUR 1447H

Sempena sambutan World Quran Hour pada 21 Ramadan 1447H bersamaan 11 Mac 2026, warga Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) turut bersama-sama menyertai program ini dengan meluangkan masa membaca, memahami dan menghayati Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.

Penyertaan ini merupakan tanda sokongan warga MPKS dalam menyemarakkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan. Program ini juga menjadi platform untuk memperkukuh nilai-nilai murni serta membina masyarakat yang lebih berilmu, berakhlak dan berintegriti.

#MPKS

#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah

#WorldQuranHour

#Ramadan1447H 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS