LAWATAN KUNJUNG HORMAT DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Satu lawatan telah diadakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bagi menyampaikan Sijil Penghargaan serta ucapan terima kasih kepada MPKS atas kerjasama sebagai Rakan Kolaborasi dalam penganjuran Program Kick Off Keselamatan Makanan Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2026 yang telah berlangsung pada 21 Februari 2026 di Bazar Ramadan hadapan LOTUS’S, Kuala Selangor.
Dalam lawatan tersebut, Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh YBrs. En. Sazali bin Harun, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan & Kualiti Makanan), Jabatan Kesihatan Negeri Selangor kepada YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan kerjasama MPKS dalam memastikan aspek keselamatan dan kualiti makanan sentiasa diberi keutamaan, khususnya sepanjang penganjuran Bazar Ramadan di daerah Kuala Selangor.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Pn. Zuliana binti Zakaria, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Surveilan dan Komunikasi & Kepenggunaan serta Pn. Aniza Zuniffa binti Abdul Manaf, Penolong Pengarah, Seksyen Surveilan dan Komunikasi & Kepenggunaan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atas pengiktirafan ini dan berharap kerjasama strategik ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memastikan masyarakat terus menikmati makanan yang selamat dan berkualiti.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

