Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MAJLIS MAHABBAH AMBANG LEBARAN MPKS 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor telah menganjurkan Majlis Mahabbah Ambang Lebaran MPKS 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh keberkatan dan ukhwah sempena menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

Antara pengisian utama majlis ialah sesi kuliah agama yang disampaikan oleh Ustaz Haslin Baharim, yang memberikan tazkirah serta pengisian rohani kepada para hadirin sebagai persediaan menyambut Syawal dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan merangkumi anak yatim, orang kelainan upaya (OKU) serta asnaf sebagai tanda keprihatinan dan sokongan MPKS terhadap kebajikan masyarakat setempat. Selain itu, penghargaan turut diberikan melalui penyampaian cenderahati kepada para peserta Program Tadarus Al-Quran 2026M/1447H sebagai tanda penghargaan atas komitmen mereka sepanjang program berlangsung.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan Encik Mohamad Lutfi bin Mislah Hudin, Presiden KSKR MPKS.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen MPKS dalam menyemarakkan nilai kebersamaan, kasih sayang dan semangat berkongsi rezeki dalam kalangan warga kerja serta masyarakat menjelang sambutan Aidilfitri.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #Ramadan1447H #Aidilfitri1447H 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS