SEMARAKKAN INOVASI SEKTOR AWAM TAHUN 2026
Program Semarakkan Inovasi Sektor Awam Tahun 2026 telah berlangsung pada 14 April 2026 bertempat di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam. Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan kerjasama strategik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ini menjadi platform penting dalam mengetengahkan pelbagai inovasi produk dan perkhidmatan sektor awam.
Mengangkat tema “Inovasi MADANI Pemacu Reformasi”, program ini menghimpunkan pelbagai pengisian menarik termasuk pembentangan trend global inovasi sektor awam, sesi aspirasi inovasi dan kongsi cipta bersama pakar serta pengamal, di samping pameran inovasi berimpak tinggi merentas pelbagai sektor.
Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS serta warga kerja MPKS.
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

