PEMAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA PERKHIDMATAN BAYARAN MELALUI KAD KREDIT DI SALURAN IP3KS
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan bayaran melalui Kad Kredit di saluran IP3KS akan ditutup sementara bagi tujuan kerja-kerja naik taraf sistem.
Tarikh Penutupan:
16 April 2026 (Khamis)
Sehingga diberitahu kelak
Sepanjang tempoh ini, pengguna masih boleh menggunakan saluran FPX untuk membuat bayaran di Sistem IP3KS
Pelaksanaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi dan keselamatan sistem perkhidmatan kepada orang awam.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang urusan pembayaran sebelum atau selepas tempoh gangguan ini.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi:
Unit Teknologi Maklumat
Majlis Perbandaran Kuala Selangor
03-32891439 (samb. 109 / 225)
Segala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama anda.


