SESI FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) | PELAN TINDAKAN KHAS (PTK) MOBILITI LESTARI, KUALA SELANGOR
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan Sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi Pelan Tindakan Khas (PTK) Mobiliti Lestari, yang memfokuskan kepada penambahbaikan laluan pejalan kaki dan basikal di Bandar Kuala Selangor, khususnya di Bandar Baru Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya.
Sesi ini telah berjaya dilaksanakan pada 8 April 2026 (Rabu) sebagai sebahagian daripada proses mendapatkan input, pandangan serta maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan dalam merangka cadangan penambahbaikan sistem mobiliti yang lebih selamat, inklusif dan mesra pengguna.
FGD ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basre, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk wakil agensi kerajaan, ahli majlis, jabatan dalaman Majlis serta komuniti setempat.
Perbincangan yang telah dijalankan adalah tertumpu kepada isu semasa, cabaran pelaksanaan serta cadangan penambahbaikan kemudahan pejalan kaki dan basikal ke arah sistem mobiliti yang lebih selamat, inklusif dan mesra pengguna.
Segala dapatan daripada sesi ini akan dijadikan asas dalam penyediaan Pelan Tindakan Khas (PTK) Mobiliti Lestari sebagai mekanisme pelaksanaan projek-projek yang telah dicadangkan dalam Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kuala Selangor 2035 (Penggantian).
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

