PENYERTAAN MPKS KE KARNIVAL SUKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (MALA) 2026 – SIRI 1
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menyertai Karnival Sukan Pihak Berkuasa Tempatan (MALA) 2026 – Siri 1 yang berlangsung pada 16 hingga 19 April 2026 di Bentong, Raub dan Temerloh, Pahang.
Seramai 36 atlet MPKS telah mengambil bahagian dalam tiga acara utama iaitu Petanque, Dart dan Golf. Sepanjang kejohanan, pasukan MPKS mempamerkan semangat kesukanan, disiplin serta komitmen yang tinggi dalam setiap pertandingan.
Antara pencapaian membanggakan pasukan MPKS:
Naib Johan Golf Berpasukan
Naib Johan Golf Individu (Encik Rosli bin Majid)
Tempat Ke-4 Golf Individu VIP (YBrs. TPr Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS)
Tempat Ke-4 Petanque Berpasukan
Layak Suku Akhir Dart Berpasukan (8 terbaik)
Jumlah keseluruhan kutipan mata: 20 mata
Penyertaan ini bukan sahaja meningkatkan prestasi atlet, malah mengeratkan hubungan kerjasama antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negara. Syabas dan tahniah kepada semua atlet serta urus setia yang telah mengharumkan nama MPKS di peringkat kebangsaan! ![]()
![]()
#KualaSelangor #IndahdanBersejarah #MPKS
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

