Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

LAWATAN PEMBELAJARAN AKRAB MPKS KE HOSPITAL UITM PUNCAK ALAM

Ahli AKRAB Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bersama Anak Angkat Akrab MPKS telah mengadakan lawatan pembelajaran ke Hospital UiTM Puncak Alam Pada 24 April 2026. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan pengurusan kes kesihatan mental, pendekatan rawatan psikiatri serta meningkatkan kefahaman terhadap isu emosi dan psikologi dalam kalangan masyarakat dan penjawat awam.

Lawatan ini telah disambut oleh Prof. Madya Dr Nurul Azreen Hashim, Ketua Pusat Pengajian Psikiatri UiTM. Delegasi AKRAB MPKS pula diketuai oleh Encik Syawal bin Samin, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, MPKS. Program ini turut membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman antara kedua-dua pihak dalam usaha memperkukuh kesejahteraan mental di tempat kerja.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS