Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PROGRAM KEY COMMUNICATOR – KOMUNITI KUALA SELANGOR BERSIH, BERINTEGRITI DAN BENCI RASUAH

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Selangor telah menganjurkan Program Key Communicator – Komuniti Kuala Selangor Bersih, Berintegriti dan Benci Rasuah pada 7 Mei 2026 bertempat di Dewan Ixora Hillpark, Puncak Alam.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran YBrs. Penolong Pesuruhjaya Azuan bin Adzhar, Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Negeri Selangor, YBrs. Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor serta YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS.

Penganjuran program ini bertujuan memperkukuh budaya integriti serta menyemai kesedaran membenci rasuah dalam kalangan masyarakat melalui penglibatan komuniti dan pemimpin setempat. Program turut menampilkan slot ceramah khas yang disampaikan oleh penceramah jemputan terkenal, Tuan Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat.

Turut diadakan majlis penyampaian anugerah sebagai penghargaan kepada komuniti dan pemimpin setempat yang menunjukkan komitmen cemerlang dalam aspek pengurusan, pembangunan komuniti serta pemerkasaan budaya integriti. Senarai pemenang adalah seperti berikut:-

ANUGERAH MAJLIS PEMUAFAKATAN PENDUDUK (MPP) 2025

• MPP Saujana Utama

• MPP Tanjung Karang

• MPP Puncak Alam

ANUGERAH PENGURUSAN JAWATANKUASA PENDUDUK (JKP) TERBAIK 2025

• Taman Seri Setia

• Taman Radin Jaya

• Taman Kuala Selangor Utama Fasa 3 & 4

• Kejiranan Lili

• Taman Desa Mahang

• JKP Chengal 5 & 7

• Taman Jati

• Seri Pristana 6 (Castana)

• Rentak Perdana

• Persatuan Penduduk Lavendar Ville (LAVOS)

Turut menerima Sijil Penghargaan SPRM bagi Anugerah Integriti 2026 ialah:

• JPKK Ujong Permatang – Encik Abdullah bin Kamaruddin

• JPKK Bestari Jaya – Encik Zamri bin Sahudin

• JPKK Kampung Bukit Kerayong – Encik Hashim bin Halid

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas komitmen, dedikasi dan kepimpinan dalam memperkasakan komuniti yang bersih, harmoni dan berintegriti.

#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah #SPRM #KomunitiBerintegriti #BenciRasuah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS