KUNJUNGAN HORMAT UiTM SELANGOR KAMPUS PUNCAK ALAM KE MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Bahagian Pengurusan Fasiliti, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam pada 12 Mei 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Malawati, Ibu Pejabat MPKS.
Lawatan tersebut telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS bersama barisan pengurusan MPKS. Delegasi lawatan pula diketuai oleh Ts. Zainolasri Abdul Sani @ Salleh, Pengarah Bahagian Pengurusan Fasiliti, UiTM Selangor Kampus Puncak Alam merangkap Ketua Jurutera.
Kunjungan ini diadakan bagi memperkukuhkan hubungan strategik antara kedua-dua pihak serta berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan pengurusan fasiliti, pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, pengurusan kelulusan projek serta isu-isu berkaitan perbandaran dan pembangunan setempat.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan demi memperkasakan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien dan berdaya saing kepada masyarakat.
#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

