BENGKEL USAHAWAN “PENGURUSAN DAN REKOD KEWANGAN YANG EFEKTIF 2026”
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menganjurkan Bengkel Usahawan “Pengurusan dan Rekod Kewangan yang Efektif 2026” pada 7 Mei 2026 bertempat di Dewan Bandar Baru, MPKS.
Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS. Turut hadir Encik Puspanath a/l Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS, Encik Mohamed Zakir Husin bin Mohamed Zahir, Pengarah Jabatan Pelesenan MPKS merangkap Pegawai Pembangunan Usahawan MPKS serta Ahli Majlis MPKS.
Bengkel ini menampilkan Prof. Madya Dr. Rina Fadhilah Ismail daripada Fakulti Perakaunan, UiTM Puncak Alam sebagai penceramah jemputan yang berkongsi ilmu berkaitan pengurusan dan rekod kewangan yang efektif kepada peserta.
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta berkaitan pengurusan kewangan, membantu usahawan mengurus rekod kewangan secara sistematik serta menggalakkan pembangunan usahawan yang lebih berdaya saing.
Seramai 204 peserta telah mengambil bahagian terdiri daripada wakil agensi kerajaan Daerah Kuala Selangor, Persatuan Ibu Tunggal Kuala Selangor serta institusi pengajian tinggi seperti Five Best, INTRA dan STDC.
Sepanjang program berlangsung, peserta menunjukkan komitmen dan penglibatan yang sangat baik melalui sesi ceramah, perkongsian ilmu serta sesi soal jawab yang interaktif.
Pelaksanaan program ini selaras dengan matlamat SDG 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 8 (Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi) serta SDG 17 (Kerjasama Demi Matlamat).
MPKS komited dalam memperkasa pembangunan usahawan dan komuniti setempat melalui pelaksanaan program-program bermanfaat dan berimpak tinggi.
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

