Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PENGAUDITAN TERHADAP PENGURUSAN BAS SMART SELANGOR DI MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan daripada Bahagian Audit Dalam Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Puan Nooranita Binti Dainbagi pelaksanaan Pengauditan Terhadap Pengurusan Bas Smart Selangor di Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS). Lawatan tersebut telah disambut oleh YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha MPKS bersama Puan Umi Zuhirah binti Ramlan, Pegawai Perancang Bandar dan Desa MPKS

Sesi pengauditan ini bertujuan untuk menilai tahap pengurusan, pelaksanaan serta keberkesanan perkhidmatan Bas Smart Selangor dalam memastikan penyampaian perkhidmatan pengangkutan awam yang berkualiti, selamat dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

MPKS sentiasa komited dalam memperkukuhkan sistem pengangkutan awam demi kesejahteraan dan kemudahan penduduk di kawasan pentadbiran Kuala Selangor.

#KualaSelangor #Indahdanbersejarah #SmartSelangor #BasSmartSelangor #PengangkutanAwam 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS