Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG TAHUN 2025 MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPKS Tahun 2025 sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja MPKS yang telah menunjukkan dedikasi, komitmen dan prestasi cemerlang dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab sepanjang tahun.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor dan turut dihadiri oleh Yang Berusaha Tuan Mohd Raiz bin Radzuan, Pegawai Daerah Kuala Selangor serta Yang Dihormatkan Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail, Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor.

Turut hadir Yang Berusaha TPr. Hj Mohamad Yusli Bin Askandar, Setiausaha MPKS, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan dan Unit serta warga kerja MPKS.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh gemilang ini turut meraikan para pesara tahun 2025, penerima Anugerah Khas Yang Dipertua serta penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025 sebagai simbol penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan kecemerlangan mereka kepada organisasi.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan organisasi dan kesejahteraan masyarakat Kuala Selangor.

#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah #MalaysiaMADANI #KitaSelangorMajuBersama 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS