Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

OPERASI BERSEPADU TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH HARAM DI IJOK

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Jabatan Penguatkuasa dengan kerjasama Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS telah melaksanakan Operasi Tempat Pembuangan Sampah Haram pada 14 Mei 2026 melibatkan dua lokasi di Jalan Harmoni dan Kampung Seri Sentosa, Ijok.

Operasi yang dijalankan bermula jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam ini melibatkan seramai 22 anggota penguat kuasa dan pegawai MPKS bagi membanteras aktiviti pembuangan sampah haram serta pencemaran alam sekitar di kawasan pentadbiran MPKS.

Hasil operasi, sebanyak 3 kompaun telah dikeluarkan di bawah UUK 4, Undang-Undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDKS) 2007 atas kesalahan membuang sampah di tempat yang tidak dibenarkan. Selain itu, tindakan sitaan turut dilaksanakan melibatkan 3 buah lori dan 1 jentera excavator yang dipercayai digunakan dalam aktiviti pembuangan sampah haram.

Turut dikenal pasti, terdapat sisa industri yang berkemungkinan melibatkan sisa berjadual dan perkara ini telah dipanjangkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut. MPKS juga akan bekerjasama dengan agensi berkaitan termasuk PTG, PTDKS, JPS dan LUAS berhubung isu pencerobohan rizab kerajaan serta pencemaran sungai.

MPKS memandang serius sebarang aktiviti pembuangan sampah haram yang boleh menjejaskan kebersihan, keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat. Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS