Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PENYERAHAN SURAT TAWARAN KERJA-KERJA PENYENGGARAAN JALAN NEGERI (MARRIS) TAHUN 2026 DI KAWASAN MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan sesi Penyerahan Surat Tawaran Kerja-Kerja Penyenggaraan Jalan Negeri (MARRIS) Tahun 2026 di kawasan pentadbiran MPKS kepada pihak InfraSel Sdn Bhd.

Melalui pelantikan ini, pihak majlis berharap InfraSel Sdn Bhd dapat membantu menyelesaikan isu kerosakan jalan dan saliran di dalam kawasan seliaan MPKS secara lebih efektif dan berterusan. Pihak InfraSel Sdn Bhd turut menyatakan komitmen tinggi dalam memastikan program penyelenggaraan jalan dan saliran yang telah diamanahkan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan demi keselesaan serta keselamatan pengguna.

Upacara penyerahan telah disempurnakan oleh Tuan Setiausaha MPKS, TPr Hj Mohd Yusli Bin Askandar yang menyerahkan surat tawaran kepada En Mohamed Fariz Bin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif InfraSel Sdn Bhd.

#MPKS

#KualaSelangor

#MARRIS2026

#InfraSel

#MalaysiaMadani 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS