Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PESERTA LARIAN OBOR SUKMA, JANGAN LUPA AMBIL KIT ANDA!

Larian Obor SUKMA XXI Selangor 2026 semakin hampir. Semua peserta yang telah mendaftar diminta mengambil kit larian yang merangkumi baju rasmi dan nombor peserta mengikut jadual berikut:

📍 Jabatan Pembangunan Masyarakat, Kompleks Sukan Kuala Selangor

📅 4 – 5 Jun 2026 (Khamis – Jumaat)

🕘 9.00 pagi – 7.00 petang

🌙 8.00 malam – 10.00 malam

📍 Dataran Malawati, Pekan Lama Kuala Selangor

📅 6 Jun 2026 (Sabtu)

🕔 5.00 petang – 7.00 petang

📌 Peserta juga disaran meneliti laluan larian 5KM yang telah disediakan bagi memastikan kelancaran dan keselamatan sepanjang acara.

🔥 Jumpa anda pada:

📅 6 Jun 2026 (Sabtu)

🕢 7.30 malam

📍 Dataran Malawati, Pekan Lama Kuala Selangor

Ayuh bersama-sama menyemarakkan semangat SUKMA XXI Selangor 2026 dan menjadi sebahagian daripada detik bersejarah di Kuala Selangor.

#MPKS #LarianOborSUKMA2026 #SUKMASelangor2026 #KualaSelangor #RentakKitaAksiKita #IndahdanBersejarah