Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PROGRAM WANITA CEKAL, EKONOMI MAMPAN 2026 MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Program Wanita Cekal, Ekonomi Mampan 2026 pada 3 Jun 2026 (Rabu) bertempat di Dewan Seri Siantan, MPKS dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program yang disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Jamzuri bin Mujaini, Timbalan Setiausaha MPKS ini bertujuan memperkasakan golongan wanita melalui pendedahan kepada ilmu keusahawanan, strategi pemasaran serta pembangunan ekonomi yang mampan. Turut hadir memeriahkan program ialah Ketua-Ketua Jabatan MPKS, Ahli-Ahli Majlis MPKS serta wakil daripada pelbagai agensi kerajaan, NGO dan institusi pendidikan.

Seramai 150 peserta telah menyertai program ini yang menampilkan Mohamad Noor bin Zakaria, Founder MN Amplified Marketing sebagai penceramah jemputan. Melalui sesi perkongsian yang interaktif dan bermanfaat, peserta didedahkan kepada pelbagai strategi pemasaran, pembangunan perniagaan serta kaedah meningkatkan daya saing usahawan dalam era digital.

Penganjuran program ini bukan sahaja berjaya meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang keusahawanan, malah turut memperkukuhkan jaringan kerjasama antara MPKS, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan ke arah pembangunan ekonomi komuniti yang lebih mampan.

"Bila wanita diberi peluang dan ilmu, mereka bukan sahaja mengubah kehidupan sendiri, malah mampu menggerakkan ekonomi komuniti ke arah masa depan yang lebih gemilang".

#MPKS#KualaSelangor

#IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS