Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

LAWATAN KERJA MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR (MPKS) KE MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 4 Jun 2026 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat Cateleya, Wisma MBSA.

Delegasi MPKS telah diketuai oleh Pengarah Jabatan Pelesenan MPKS, YBrs. Encik Mohammed Zakir Husin bin Mohammed Zahid bersama pegawai-pegawai MPKS. Ketibaan delegasi MPKS telah disambut oleh Pemangku Pengarah Pelesenan MBSA, YBrs. Encik Mohd Rizal bin Johari bersama barisan pengurusan dan pegawai-pegawai MBSA.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian pengalaman, amalan terbaik serta maklumat berkaitan pelaksanaan Program Bazar Ramadan dan inisiatif pengurusan bandar yang dilaksanakan oleh MBSA. Sesi perkongsian ini diharap dapat memberi manfaat kepada MPKS dalam memperkukuh pengurusan, perancangan serta penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak MBSA atas kesudian menerima kunjungan serta berkongsi pengetahuan dan pengalaman yang amat bermanfaat.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS