Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

KUNJUNGAN RASMI PUSAT KHIDMAT PARLIMEN TANJUNG KARANG KE MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan rasmi daripada wakil Pusat Khidmat Parlimen Tanjung Karang yang mewakili Ahli Parlimen Tanjung Karang, YB Kapten (B) Dato' Dr. Zulkafperi Hanapi bagi membentangkan Cadangan Pembangunan Dataran Ban Canal sebagai salah satu produk pelancongan baharu di Daerah Kuala Selangor.

Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor bersama pegawai-pegawai MPKS.

Sesi pembentangan dan perbincangan yang diadakan memberi peluang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan serta cadangan bagi memperkukuhkan perancangan pembangunan kawasan Ban Canal yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan baharu dan pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat.

MPKS sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pelbagai agensi dan pihak berkepentingan dalam usaha memperkasa sektor pelancongan serta meningkatkan daya saing Daerah Kuala Selangor sebagai destinasi pelancongan yang menarik dan mampan.

Semoga kerjasama strategik yang terjalin ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan menyumbang kepada pembangunan Kuala Selangor yang lebih progresif.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS