Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

MPKS KONGSI KEJAYAAN BANDAR PINTAR KUALA SELANGOR DI MSCN 2026

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) terus memperkukuhkan komitmen dalam agenda pembangunan bandar pintar apabila menyertai Mesyuarat Malaysia Smart City Network (MSCN) 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 4 Jun 2026 di Putrajaya.

Mesyuarat yang menghimpunkan wakil kementerian, kerajaan negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pakar akademik serta pemain industri ini menjadi platform penting dalam memperkasa pembangunan bandar pintar yang mampan, berdaya huni dan inklusif selaras dengan sasaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk mencapai 115 PBT berstatus Smart City Early Adopter menjelang tahun 2030.

Dalam sesi perkongsian tersebut, Pegawai Perancangan Pembangunan MPKS, Puan Umi Zuhirah binti Ramlan telah dijemput berkongsi pengalaman dan inisiatif Bandar Pintar Kuala Selangor yang berjaya memperoleh pengiktirafan Smart City Early Adopter pada tahun 2024 serta hala tuju MPKS ke arah mencapai status Developing Smart City.

MPKS akan terus komited dalam merealisasikan aspirasi menjadikan Kuala Selangor sebagai sebuah bandar pintar dan mampan menjelang tahun 2035 melalui kerjasama erat antara agensi, komuniti dan pihak berkepentingan demi kesejahteraan masyarakat serta pembangunan daerah yang berdaya saing.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS