Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

SUMBANGAN BANTUAN KHAS BENCANA KEBAKARAN DI PEKAN TANJONG KARANG

Y.B. Dato' Ng Suee Lim, EXCO Kerajaan Negeri Selangor telah turun padang bagi menyampaikan Sumbangan Bantuan Khas Bencana Kebakaran kepada pemilik enam (6) buah premis kedai di Pekan Tanjong Karang yang terlibat dalam kejadian kebakaran baru-baru ini.

Turut hadir dalam sesi penyampaian bantuan tersebut ialah Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (ICU Negeri Selangor), Dato' Haji Mohd Khidir bin Majid, Pegawai Daerah Kuala Selangor, Tuan Haji Mohd Raiz bin Radzuan serta wakil agensi berkaitan.

Bantuan khas yang disalurkan adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam membantu meringankan beban mangsa yang terjejas serta menyokong usaha pemulihan pasca bencana.

Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu penerima meneruskan aktiviti perniagaan dan urusan harian dengan lebih baik.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS