Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PELANCARAN MASKOT DAN LAGU RASMI SUKMA & PARA SUKMA SELANGOR 2026 SERTA LARIAN OBOR MERIAHKAN KUALA SELANGOR

Dataran Malawati telah dibanjiri lebih 1,000 peserta yang hadir bagi memeriahkan Program Larian Obor SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026 Peringkat Daerah Kuala Selangor pada 6 Jun 2026

Program tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor. Antara pengisian utama program adalah pelancaran rasmi Maskot dan Lagu SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026 yang bakal menjadi identiti serta pembakar semangat kepada seluruh kontinjen dan rakyat Selangor menjelang temasya sukan terbesar negara itu.

Majlis turut menyaksikan penyerahan Obor SUKMA Selangor 2026 oleh YBhg. Dato' Haji Abd Hamid bin Hussain, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Diraja Klang kepada YBrs. Tuan Haji Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor sebagai simbol kesinambungan perjalanan obor ke daerah Kuala Selangor.

Kemuncak program diteruskan dengan pelepasan Larian Obor SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi sambil disaksikan Yang Berhormat Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Larian tersebut berjaya menghimpunkan lebih 1,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam, badan beruniform, institusi pendidikan, pertubuhan belia dan komuniti setempat.

Penyertaan yang memberangsangkan ini mencerminkan sokongan padu masyarakat terhadap penganjuran SUKMA & Para SUKMA Selangor 2026 di samping menyemarakkan semangat kesukanan, perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan rakyat negeri Selangor.

Majlis Perbandaran Kuala Selangor merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta, jabatan dan agensi yang terlibat serta seluruh warga Kuala Selangor yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

#MPKS #IndahdanBersejarah #KualaSelangor #SUKMASelangor2026 #ParaSUKMASelangor2026 #LarianOborSUKMA #KitaSelangor #MalaysiaMADANI 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS