Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PROGRAM CINTAILAH PANTAI KITA

Pantai Sungai Burong, Tanjong Karang telah menjadi lokasi penganjuran Program Cintailah Pantai Kita yang berlangsung pada 13 Jun 2026 anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor serta pelbagai agensi dan komuniti setempat. Program ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor.

Seramai 600 peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, wakil agensi kerajaan, badan berkanun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti setempat telah mengambil bahagian dalam program yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan memelihara kawasan pesisir pantai dan menjaga kelestarian alam sekitar.

Antara pengisian utama program adalah aktiviti penanaman pokok rhu dan pembersihan pantai. Sebanyak 200 pokok rhu telah berjaya ditanam sebagai usaha memperkukuhkan kawasan pesisir pantai daripada ancaman hakisan serta memulihara ekosistem semula jadi. Selain itu, aktiviti pembersihan pantai yang dilaksanakan berjaya mengumpulkan sebanyak 405 kilogram sampah kitar semula hasil kerjasama dan komitmen para peserta.

Program ini membuktikan bahawa kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan masyarakat mampu memberikan impak positif dalam usaha memelihara alam sekitar. MPKS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dan berharap inisiatif seumpama ini akan terus diperkasakan demi memastikan kawasan pantai sentiasa bersih, indah dan lestari untuk generasi akan datang.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS