Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS GENERASI MADANI 2026

Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Generasi Madani 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama dua hari bermula 15 hingga 16 Jun 2026 di Stadium Utama, Kompleks Sukan Kuala Selangor. Program anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Selangor dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ini berjaya menghimpunkan seramai 503 peserta yang terdiri daripada murid pendidikan khas, guru pengiring, Penolong Kanan Pendidikan Khas serta pegawai dan ahli jawatankuasa.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Jamzuri bin Mujaini, Timbalan Setiausaha MPKS. Turut hadir Ketua-Ketua Jabatan dan Ahli-Ahli Majlis MPKS bagi memberikan sokongan kepada para peserta yang menunjukkan semangat kesukanan, disiplin dan daya saing yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung.

Sebanyak 214 acara balapan dan padang telah dipertandingkan melibatkan kategori Masalah Pembelajaran, Masalah Pendengaran dan Masalah Penglihatan. Kejohanan ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat dan potensi murid berkeperluan pendidikan khas, malah turut memperkukuhkan keyakinan diri, menggalakkan gaya hidup sihat serta memupuk integrasi sosial dalam kalangan peserta.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta, guru, ibu bapa serta pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Generasi Madani 2026.

#MPKS

#KualaSelangor

#IndahDanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS