Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

PROGRAM KEBUDAYAAN DUN SUNGAI BURONG DAN DUN PERMATANG MERIAHKAN DATARAN ASTAKA TANJUNG KARANG

Program Kebudayaan DUN Sungai Burong dan DUN Permatang anjuran Ahli Majlis dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) serta Kelas Cempuling Siri 1 bersama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) telah berlangsung dengan meriah di Dataran Astaka Tanjung Karang pada 20 Jun 2026.

Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohamad bin Abdul Rahman, Ahli Majlis Zon 2 Tanjung Karang MPKS dengan diiringi Encik Puspanath a/l Thanabalan, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat MPKS. Program ini berjaya menarik kehadiran kira-kira 500 pengunjung yang terdiri daripada penduduk setempat dan pencinta seni budaya.

Pelbagai persembahan menarik telah diadakan termasuk persembahan Seni Silat Gayong, Tarian Warna Muhibah, persembahan Muzik Cempuling oleh Kumpulan Suara Cempuling Sungai Kajang, persembahan Kumpulan Kebudayaan MPKS, cabutan bertuah serta permainan tradisional seperti congkak, dam dan tingting.

Turut diadakan Kelas Cempuling Siri 1 yang dikendalikan oleh tenaga pengajar PADAT bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai seni muzik tradisional Cempuling yang sedang diangkat sebagai warisan Negeri Selangor.

Penganjuran program ini membuktikan komitmen MPKS dan rakan strategik dalam memelihara, mempromosi dan memartabatkan warisan seni budaya tempatan demi memastikan ia terus dihargai oleh generasi masa kini dan akan datang.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS