Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

SYARIKAT PEMAJU DI PUNCAK ALAM DIKOMPAUN RM125,000 OLEH COB MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melalui Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebuah syarikat pemaju yang terlibat dalam pembangunan berstrata di Puncak Alam kerana gagal mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Pertama Perbadanan Pengurusan (Management Corporation - MC).

Pada 4 Jun 2026, syarikat pemaju berkenaan telah dikenakan kompaun berjumlah RM125,000.00 selepas siasatan mendapati pemindahan hak milik petak telah mencapai 25 peratus daripada keseluruhan syer agregat, namun pihak pemaju masih gagal melaksanakan kewajipan untuk mengadakan mesyuarat tersebut walaupun beberapa notis dan peringatan telah dikeluarkan oleh COB MPKS.

Hasil siasatan yang dijalankan, kertas siasatan telah mendapat izin kompaun daripada Timbalan Pendakwa Raya dan tindakan kompaun dikenakan di bawah Seksyen 57(2), Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) serta Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Pengkompaunan Kesalahan) 2019.

MPKS akan terus komited dalam memastikan pematuhan terhadap peruntukan undang-undang berkaitan pengurusan strata serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi kehendak undang-undang demi melindungi hak pemilik petak dan memastikan tadbir urus pengurusan strata yang berkesan.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah #COBMPKS #PengurusanStrata #PuncakAlam