Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

BENGKEL AUDIT AKSESIBILITI OKU DALAM REKA BENTUK SEJAGAT MPKS 2026 PERKASA PEMBANGUNAN INKLUSIF

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menganjurkan Bengkel Audit Aksesibiliti OKU dalam Reka Bentuk Sejagat MPKS 2026 serta Majlis Pelantikan Jawatankuasa Akses Audit MPKS bagi sesi 2026/2027 yang berlangsung pada 23 Jun 2026, bertempat di Dewan Sri Siantan, Ibupejabat MPKS, . Program ini merupakan inisiatif bersama jabatan-jabatan teknikal dalaman MPKS yang diurusetiakan oleh Jabatan Kawalan Bangunan MPKS dalam memperkukuh pelaksanaan pembangunan yang mesra semua lapisan masyarakat.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YBrs. TPr. Haji Mohamad Yusli bin Askandar, Setiausaha Majlis Perbandaran Kuala Selangor. Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Ahmad Jamzuri bin Mujaini, Timbalan Setiausaha MPKS; Ts. Faezah binti Abd. Aziz, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan MPKS; Yang Berbahagia Prof. Dato’ Sri Ar. Dr. Asiah Abdul Rahim, Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia merangkap Ketua Jawatankuasa Pembangunan Akses Inklusif (Reka Bentuk Sejagat) Majlis Tindakan OKU Selangor selaku penceramah utama; serta ketua-ketua jabatan dan warga kerja MPKS.

Bengkel ini memberi penekanan kepada aspek audit aksesibiliti dan penerapan prinsip reka bentuk sejagat dalam pembangunan fizikal, khususnya bagi meningkatkan kemudahan serta akses kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Selain memperkukuh kefahaman teknikal, program ini turut memupuk kesedaran, empati dan tanggungjawab dalam kalangan penjawat awam terhadap keperluan komuniti OKU.

Melalui pelaksanaan bengkel ini, MPKS komited untuk memastikan setiap perancangan dan pembangunan di daerah Kuala Selangor mengambil kira aspek aksesibiliti, keselamatan dan kesaksamaan demi mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif, selesa dan mampan untuk semua.

#MPKS #KualaSelangor #RekaBentukSejagat #Aksesibiliti #OKU #SelangorPrihatin #InklusifUntukSemua 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS