Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

KUNJUNGAN HORMAT DAN LAWATAN KERJA MPSEPANG KE MPKS

Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah menerima kunjungan hormat dan lawatan kerja daripada Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) pada 1 Julai 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Malawati, Ibu Pejabat MPKS.

Delegasi lawatan yang diketuai oleh YBrs Tuan Mohd Faizal bin Abdul Raji, Timbalan Yang Dipertua MPSepang, telah disambut oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS, bersama barisan pengurusan MPKS.

Lawatan yang melibatkan seramai 35 pegawai dan kakitangan MPSepang ini bertujuan mendapatkan pendedahan serta berkongsi pengalaman mengenai amalan terbaik dalam pengurusan aduan dan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.

Sepanjang lawatan, delegasi turut diberikan taklimat berhubung inisiatif dan pelaksanaan sistem pengurusan aduan di MPKS serta bertukar pandangan mengenai pendekatan terbaik yang boleh dilaksanakan bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Semoga kunjungan ini dapat mengeratkan hubungan kerjasama antara kedua-dua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman ke arah penyampaian perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan berintegriti.

#MPKS #KualaSelangor #IndahdanBersejarah 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS