KUALA SELANGOR BERSELAWAT
Suasana penuh syahdu dan keberkatan menyelubungi Dataran Malawati, Kuala Selangor menerusi penganjuran Kuala Selangor Berselawat pada 7 Ogos 2026 (Jumaat), sempena Sambutan Ulang Tahun Kelima Perbandaran Kuala Selangor.
Program ini menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh penghayatan menerusi pengisian ceramah oleh Ustaz Mohd Hassan Adli bin Yahaya (Imam Muda Hassan) dan Ustaz Muhammad Luqman Hakim bin Othman (Da'i Hakim), di samping alunan qasidah daripada Kumpulan Qasidah Tyaiba, Kolej Islam As-Sofa.
Kuala Selangor Berselawat menjadi wadah untuk menyemarakkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, selain memperkukuhkan ukhuwah dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.
Semoga majlis yang penuh keberkatan ini mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah SWT serta menjadi asbab kepada kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran buat seluruh warga Kuala Selangor.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para penceramah, Kumpulan Qasidah Tyaiba, urus setia serta seluruh masyarakat yang telah bersama-sama mengimarahkan Kuala Selangor Berselawat.
#MPKS #MajlisPerbandaranKualaSelangor #KualaSelangorBerselawat #UlangTahunPerbandaranKe5 #KualaSelangor #MalaysiaMADANI #KarnivalJomSantai2026
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

