PENGIKTIRAFAN THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
Satu detik yang cukup membanggakan buat seluruh warga Kuala Selangor apabila Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi pencapaian Edaran 5,555 Cucuk Sate Kerang sempena Karnival Jom Santai @ Kuala Selangor 2026.
Pencapaian ini merupakan hasil kerjasama dan komitmen pelbagai pihak dalam mengangkat keunikan sate kerang sebagai salah satu warisan gastronomi tempatan Kuala Selangor, di samping memperkenalkan identiti dan keistimewaan daerah ini kepada masyarakat.
Pengiktirafan ini turut menjadi satu lagi pencapaian bermakna dalam Sambutan Ulang Tahun Kelima Perbandaran Kuala Selangor, sekali gus memperkukuhkan usaha MPKS dalam mempromosikan Kuala Selangor sebagai destinasi pelancongan yang kaya dengan sejarah, budaya, warisan dan gastronomi.
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan inisiatif ini.
Kuala Selangor terus melakar sejarah!
#MPKS #MajlisPerbandaranKualaSelangor #TheMalaysiaBookOfRecords #MBOR #5555SateKerang #KarnivalJomSantai2026 #UlangTahunPerbandaranKe5 #KualaSelangor #MalaysiaMADANI
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

