Color
Text
QR Code MPKS Home Page
Semak imbas portal kami menggunakan telefon bimbit anda
QR Code MPKS Survey Page
Bantu kami menambah baik dengan berkongsi pendapat anda

KEMERIAHAN AKTIVITI KREATIF DAN WARISAN SEMPENA KARNIVAL JOM SANTAI @ KUALA SELANGOR 2026

Kemeriahan Karnival Jom Santai @ Kuala Selangor 2026 turut diserikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang mengetengahkan kreativiti, pengetahuan, warisan serta bakat masyarakat.

Antara pengisian yang mendapat perhatian ialah Pertandingan Mewarna, Pertandingan Jigsaw Puzzle, Jejak Warisan dan Pertandingan Videografi yang memberi peluang kepada para peserta untuk menyerlahkan kreativiti serta meneroka keunikan sejarah dan warisan Kuala Selangor.

Aktiviti Jejak Warisan pula memberi pengalaman kepada peserta untuk mengenali dengan lebih dekat khazanah sejarah dan identiti Kuala Selangor, manakala pertandingan videografi membuka ruang kepada peserta mengetengahkan perspektif kreatif masing-masing dalam merakam keistimewaan daerah ini.

Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dengan penuh semangat dan kreativiti. Penglibatan masyarakat dalam aktiviti sebegini amat penting dalam memastikan warisan, sejarah dan identiti Kuala Selangor terus dikenali serta dihargai oleh generasi akan datang.

Kuala Selangor, kaya warisan, subur kreativiti.

#MPKS #MajlisPerbandaranKualaSelangor #KarnivalJomSantai2026 #KualaSelangor #JejakWarisan #PertandinganMewarna #JigsawPuzzle #Videografi #UlangTahunPerbandaranKe5 #MalaysiaMADANI 

Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS