KEMERIAHAN MALAM KARNIVAL JOM SANTAI @ KUALA SELANGOR 2026
Suasana malam Karnival Jom Santai @ Kuala Selangor 2026 berlangsung meriah dengan persembahan pembukaan oleh Kumpulan Cempuling, yang mengetengahkan keunikan seni dan warisan budaya tempatan sebagai pembuka tirai malam.
Kemeriahan diteruskan dengan persembahan istimewa daripada dua kumpulan nasyid terkenal tanah air, Inteam dan UNIC, yang menghiburkan para pengunjung menerusi alunan nasyid yang penuh penghayatan serta mesej-mesej positif.
Persembahan kebudayaan dan nasyid ini turut melengkapkan sambutan Ulang Tahun Kelima Perbandaran Kuala Selangor, sekali gus menjadikan malam karnival lebih bermakna dengan gabungan elemen warisan, hiburan dan pengisian kerohanian.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kumpulan Cempuling, Inteam, UNIC serta seluruh pengunjung yang hadir bersama-sama memeriahkan malam karnival.
Kuala Selangor terus meriah, warisan terus dipelihara, kebersamaan terus disemai.
#MPKS #MajlisPerbandaranKualaSelangor #KarnivalJomSantai2026 #KumpulanCempuling #Inteam #UNIC #KualaSelangor #UlangTahunPerbandaranKe5 #MalaysiaMADANI
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

