MPKS TERIMA PUBLIC SERVICE EXCELLENCE RECOGNITION
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) telah dipilih sebagai salah satu penerima Public Service Excellence Recognition sempena 4th Edition WMAM Recognition Awards 2026 yang berlangsung dalam WMAM Gala Dinner & Awards Night 2026, bersempena WMAM Annual Conference 2026 di Genting International Convention Centre (GICC), Resorts World Genting 10 Ogos 2026.
Pengiktirafan ini diberikan sebagai penghargaan terhadap komitmen, sokongan dan sumbangan MPKS dalam memperkukuhkan pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam di Malaysia.
Anugerah telah diterima oleh YBrs. Tuan Mohamad Hanafe bin Basri, Yang Dipertua MPKS. Turut hadir Encik Jefriee bin Ab Manaf, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MPKS.
Pencapaian ini menjadi bukti komitmen berterusan MPKS dalam memperkasa aspek kebersihan dan pengurusan persekitaran demi mewujudkan kawasan pentadbiran yang bersih, selesa dan sejahtera untuk masyarakat.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga kerja MPKS atas kejayaan ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan awam yang berkualiti dan berimpak kepada masyarakat.
#MPKS #KualaSelangor #IndahDanBersejarah #UlangTahunKe5MPKS #PerbandaranPintardanInklusifKeArahKesejahteraanRakyat
Pautan Media Sosial Majlis Perbandaran Kuala Selangor : Facebook MPKS

